*MISI RELAWAN GURU BAHASA MELAYU KE CAPETOWN*

*”Bahasa Jiwa Bangsa”*

Tahukah anda dengan bangsa Melayu Cape? Ya, bangsa Melayu bukan hanya ada di Malaysia, tapi nun jauh di Capetown. Mereka adalah bangsa yang tergolong dalam Melayu Diaspora.

Melayu Cape membesar dan bangga menjadi keturunan dari bangsa Melayu yang bermula dengan Ulama’ Nusantara iaitu *Sheikh Yusof al-Makassar*. Walaupun mereka tidak fasih berbahasa Melayu, mereka masih bersemangat dan mempunyai nyala rasa yang tinggi untuk mempelajarinya.

Maka, Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) membuka peluang kepada insan-insan bertuah untuk menaja seberapa nilai pun bagi tujuan sumbangan kepada *relawan guru* yang akan menjalankan misi *mengajar Bahasa Melayu untuk Melayu Cape di Afrika Selatan*. Bukan itu sahaja, mereka juga akan menjalankan *Kajian Tamadun Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi* di sana.

Tim Relawan Guru Capetown ini masih lagi memerlukan dana sebanyak *RM 20,000* sebagai dana misi mereka kesana. Hasil daripada sumbangan anda akan digunakan untuk beberapa perkara yang penting seperti ; tiket penerbangan, bahan bantu mengajar, tempat penginapan dan lain-lain lagi.

Jika anda yakin dengan matlamat misi ini dan ingin menyumbang, sumbangan boleh dibuat melalui akaun :
*8600531314*
*KELAB GENERASI PEMUDA TAMADUN DUNIA (CIMB BANK)*

Terima kasih daun keladi,
Sumbangan anda kami hargai.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut boleh terus ke akaun ig kami :-

*@bm4malaycape*

atau

boleh hubungi Relawan Guru Norazman di talian : *01123164042*
https://wa.me/601123164042

atau

boleh klik link dibawah untuk menyumbang :
http://bit.ly/misirelawancapetown

Share This

Jom Kongsi

Kongsi dengan rakan anda